JellyPages.com

Allah's Caliph.Daughter.Sister.Friend.Student.ME

Thursday, 5 March 2015

Syukur

Hidup di gunung, merindukan pantai.
Hidup di pantai, merindukan gunung.

Waktu sunyi mencari keramaian,
Waktu ramai cari ketenangan.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana kita belum memiliki ia.....

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang telah kita miliki....

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki......

Mungkinkah selembar daun yang kecil  dapat menutup permukaan bumi yang luas ini?
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun begitu sukar...

Tapi, daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun...

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil mana pun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk...

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah pemikiran yang buruk, walaupun cuma sebesar hujung kuku...

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNYA...

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah dipertanggungjawabkan.

Bersyukur atas nafas yang kita miliki,
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki,
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki,
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki,
Besrsyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki,
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara,

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.. Allahumma Ameen.


No comments:

Post a Comment

 
SEGALA PEMILIKAN AYAT DAN GAMBAR ADALAH HAK MILIK TUAN KOTAK