Apakah hati sudah terpaut pada Al Quran?
Apakah hati lebih cenderug pada jalan kebenaran?
Apakah hati sudah tertambat pada keistiqamahan?
Atau....
Hati yang lebih cenderung kepada kemungkaran?
Hati yang lebih memilih jalan kesesatan?
Hati yang lebih menyukai belenggu syaitan?
Tak dirasai perilaku mulai tercela.
Tak disedari akan kata-kata yang berbalut dusta.
Tak dimungkiri bahawa hidup pun tidak lagi bermakna.
Apa yang akan kita persembahkan ?
Tak ada catatan amal kebaikan.
Tak punya pahala yang jadi bekalan.
Hingga saatnya di Yaumul Mizan.
Tergigit di hujung jari.
Tak tahu akan nasib diri.
Bila akhlak tak segera diperbaiki.
Bila nafas masih boleh dihela.
Berharap ada kesempatan kedua.
Menyedari segala khilaf dan alpa.
Hingga perjalanan ini berakhir.
Ada karya yang sudah kita ukir.
Dan mendapat pahala yang sentiasa mengalir.
Berharap mulia di akhir masa.
Mendapat syurga sebagai balasannya.
Hidup kekal di alam baqa'.
Bahagia pun dirasai hinga ke JannahNYA.
Imam Ibnu Qayyim al Jauziyyah berkata:
" Orang yang mencintai dunia (secara berlebihan) jika telah mendapatkan sebahagian dari (harta benda) duniawi maka nafsunya (tidak pernah puas) terus berimpian mahu mengejar yang lebih daripada itu, sebagaimana telah dinyatakan dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W bersabda: " Seandainya seorang manusia memiliki dua lembah (yang berisi) harta (emas) maka dia pasti (berimpian) mencari lembah harta (emas) yang ketiga. - Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim.
Wednesday, 18 March 2015
Nasihat Hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment