Sunday, 8 March 2015
Saat Ujian Melanda
Aku menagis
Bukan kerana aku tak tegar
Hanya kerana mataku ingin tahu
Bahawa ia senantiasa menemaniku..
Aku tersenyum
Bukan kerana remehnya masalahku
Tapi kerana aku bersyukur
Betapa ALLAH sangat menyayangiku.
Aku termenung
Bukan kerana aku bingung hadapi ujianku
Tapi kerana aku sedang meikirkan
Hikmah disebalik semua yang berlaku.
Aku berdoa
Bukan untuk mengeluh
Tapi untuk meminta
Agar ALLAH kuatkan aku.
Aku memeluk sahabt
Bukan untuk menambah bebannya
Tapi untuk mengatakan
Bahawa aku menjadi lebih kuat saat aku mendakapnya.
"Apalah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan,:' Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?"- Al- Ankabut:2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
awak comel lah..:-)
ReplyDelete