JellyPages.com

Allah's Caliph.Daughter.Sister.Friend.Student.ME

Wednesday 18 March 2015

Bacalah Al Quran !

البيت الذي يقرأ فيه القرآن تحضره الملائكة وتخرج منه الشياطين ويتسع بأهله ويكثر خيره،
" Rumah yang dibacakan Al Quran di dalamnya akan didatangi oleh para malaikat, dan ditinggalkan oleh syaitan, penghuninya akan merasa lapang dan banyak kebaikan dan keberkatan didalamnya".

Allahu Akbar... pernahkah kau melihat susana bahagia seperti ini di dalam rumah kita?

Irilah kepada keluarga yang mampu menjadikan rumahnya sebagai kiniatur dari Jannah, di dalamnya hanya ada kedamaian , para penghuninya saling nasihat-menasihati di dalam kebaikan. Sangat jauh dari pergaduhan serta kata-kata yang menyesakkan. Di dalamnya turut hadir para malaikat yang senantiasa mendoakan kebaikan serta menaungi para penghuninya dengan berbagai ketenangan.

Rumah yang didalamnya senantiasa dibacakan Al Quran akan prgi segala keburukan darinya.

Kesempitan akan digantikan dengan kelapangan.
Kesedihan tidak akan lama didalamnya kerana tercurahnya kebahagiaan, dan kebahagiaan yang terbesar yang dimilikinya ialah keberkatan dari ALLAH yang melimpah ruah ke segenap rumah tersebut...

Aduhai.... tidakkah pemilik telinga mendengarkan khabar gembira ini?
Tidakkah pemilik mata mampu melihat kebahagiaan ini?
Belumkah pemilik hati merasa iri dengan segala kehidupan ini?


Read more...

Barokah.

APA ITU BAROKAH?

Barokah adalah kata yang diingankan oleh hampir semua hamba yang beriman, kerananya orang akan mendapat limpahan kebaikan dalam hidup.

Barokah bukanlah cukup dan mencukupi saja, tapi barokah ialah ketaatanmu kepada ALLAH dengan segala keadaan yang ada, baik berlimpah atau sebaliknya.

Barokah itu- "  البركة تزيدكم في الطاعة ~ Barokah menambah ketaatanmu kepada ALLAH.

Hidup yang barokah bukan hanya sihat, tapi kadang sakit itu adalah barokah sebagaimana Nabi Ayyub A.S, sakitnya menambahkan ketaatannya kepada ALLAH.

Barokah itu tak selalu panjang umur, ada yang umurnya pendek tapi dahsyat taatnya, layaknya seperti Musab ibn Umair.

Tanah yang barokah itu bukan kerana subur dan panoramanya indah, kerana tanah yang tandus seperti Makkah Al Mukarramah punya keutamaan di hadapan ALLAH tiada yang menandingi.

Ilmu yang barokah itu bukan banyak riwayat dan 'footnote'nya, tetapi yang barokah ialah, ia mampu menjadikan seseorang menitiskan keringat dan darahnya dalam beramal dan berjuang untuk agama ALLAH.

Penghasilan barokah juga bukan gaji yang besar dan bertambah, tapi sejauh mana ia boleh menjadi jalan rezeki bagi yang lainnya dan semakin banyak orang yang boleh dibantu dengan penghasilan tersebut.

Anak-anak yang barokah bukanlah saat kecil mereka comel dan lincah atau setelah dewasa mereka sukses bergelar dan mempunyai pekerjaan dan jawatan yang hebat, tapi anak yang barokah ialah yang senantiasa taat kepada Rabb-NYA dan kelak di antara mereka yang lebih soleh dan tak henti-henti mendoakan kedua ibubapanya.

Semoga segala aktiviti kita hari ini mendapat keberkatan.

بارك الله فيك





Read more...

Nasihat Hati.

Apakah hati sudah terpaut pada Al Quran?
Apakah hati lebih cenderug pada jalan kebenaran?
Apakah hati sudah tertambat pada keistiqamahan?

Atau....
Hati yang lebih cenderung kepada kemungkaran?
Hati yang lebih memilih jalan kesesatan?
Hati yang lebih menyukai belenggu syaitan?

Tak dirasai perilaku mulai tercela.
Tak disedari akan kata-kata yang berbalut dusta.
Tak dimungkiri bahawa hidup pun tidak lagi bermakna.

Apa yang akan kita persembahkan ?
Tak ada catatan amal kebaikan.
Tak punya pahala yang jadi bekalan.
Hingga saatnya di Yaumul Mizan.

Tergigit di hujung jari.
Tak tahu akan nasib diri.
Bila akhlak tak segera diperbaiki.
Bila nafas masih boleh dihela.
Berharap ada kesempatan kedua.
Menyedari segala khilaf dan alpa.

Hingga perjalanan ini berakhir.
Ada karya yang sudah kita ukir.
Dan mendapat pahala yang sentiasa mengalir.
Berharap mulia di akhir masa.
Mendapat syurga sebagai balasannya.
Hidup kekal di alam baqa'.
Bahagia pun dirasai hinga ke JannahNYA.

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyyah berkata:
" Orang yang mencintai dunia (secara berlebihan) jika telah mendapatkan sebahagian dari (harta benda) duniawi maka nafsunya (tidak pernah puas) terus berimpian mahu mengejar yang lebih daripada itu, sebagaimana telah dinyatakan dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W bersabda: " Seandainya seorang manusia memiliki dua lembah (yang berisi) harta (emas) maka dia pasti (berimpian) mencari lembah harta (emas) yang ketiga. - Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim.



Read more...

Tuesday 10 March 2015

Dunya.

You will know you are getting attached to the DUNYA when:

1. You don't plan your time around solat time.
2. A whole day or two passes and you don't open your Quran because you are too busy.
3. You care so much about what people say about you.
4. All you care about is how to accumulate more and more wealth.
5. You argue unnecessarily when you are told something you are used to doing is haram.
6. You keep on delaying good deeds - I'll do it tomorrow or next.
7. A new gadgets comes out and you're already thinking what you're going to sell to obtain it.
8. The lives of celebrities interests you.
9. The life style of the rich impresses you and you crave for such.
10. You want to be the center of attraction.
11. You compete with each other for worldly things.
12. Your thirst of power and glory cannot be quenched.
13. You fall into depression each time you don't get what you want.
14. Minor sins don't really mean anything to you.
15. You aren't able to stop the haram immediately and keep on procrastinating and delay taubat.
16. You aren't ready to displease people to please ALLAH.
17. You care a lot about what is in vogue ( You want to belong).
18.You plan far far ahead into the future.
19. Seeking for islamic knowledge comes secondary (that's if it ever comes) after pursuing your future career.
20. Your friends aren't the type that remind you of ALLAH.
21. You regard people as successful according to their status in world.
22. A whole day passes without you thinking of death.
23. You can afford to waste so much of your time doing things that wont benefit you in the hereafter.
24. Doing acts of ibadah becomes very difficult for you.
25. You can't seem to be able to change your extravagant lifestyle despite knowing ALLAH dislikes the extravagant.
26. You love visting the lands of kuffar.
27. You are told about the dangers of consuming riba' yet you argue that this is the only way you can survive. You add that if you find a better halal income you'll change.
28. You want to live life to the fullest.
29. You care so much about your physical appearance.
30. You believe the end of time is still  far far away.
31. You see things happening to others and you don't stop to think it could happen to you too.
32. You bury the dead yet you don't learn anything.
33. You want to 'make ends meet' by all means.
34. You are always in a haste to finish your prayer and continue with what your doing.
35. You don't think that today could bee your last day.
36. You are solely comforted by luxury (not by the remembrance of Allah).
37. You don't ask ALLAH for paradise the way you ask for your dunya.

I am not also free of some of these, all we need do is to evaluate our deeds and action cause ALLAH forgives  and He is truly merciful. May He continue to be our guide. ISLAM IS A WAY OF LIFE
Read more...

Sunday 8 March 2015

Saat Ujian Melanda








Aku menagis
Bukan kerana aku tak tegar
Hanya kerana mataku ingin tahu
Bahawa ia senantiasa menemaniku..

Aku tersenyum
Bukan kerana remehnya masalahku
Tapi kerana aku bersyukur
Betapa ALLAH sangat menyayangiku.

Aku termenung
Bukan kerana aku bingung hadapi ujianku
Tapi kerana aku sedang meikirkan
Hikmah disebalik semua yang berlaku.

Aku berdoa
Bukan untuk mengeluh
Tapi untuk meminta
Agar ALLAH kuatkan aku.

Aku memeluk sahabt
Bukan untuk menambah bebannya
Tapi untuk mengatakan
Bahawa aku menjadi lebih kuat saat aku mendakapnya.

"Apalah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan,:' Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?"- Al- Ankabut:2.
Read more...

Kalam Almarhum Shaykh al- Tantawi rahimahullah.

لا يلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai orang cantik..

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi orang yang disukai..

ولا غينا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi bahagia..

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا ومحبوبا وسعيدا
Cukuplah dengan membuat Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia..

لو أصبت ٩٩ وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali..

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ٩٩
 Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain..

ولو أخطأت ٩٩ مرةوأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali kau melakukan perkara kebaikan..

هؤلاء هم البشر!
Itulah hakikat manusia !

لغفر الله ٩٩ وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu..

ذلك ربي
Itulah Dia Tuhanku!




Read more...

Bila nak kahwin ? (Cerpen Kontot)


" Hang bila nak kahwin?"

Pak imam mencuci kolah bersamaku.

Aku cuba jawab.

"Calon-calon semua dah dirembat oranglah, Imam. Anak Pak Imam pun dah nak kahwin. Cikgu tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya ja. Redha je lah.

Pak Imam menjelingku.

" Memilih sangat ni."

Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.

"Salah ka memilih Imam?"

Pak Imam cebok air, jirus tepi kolah yang disentalnya

"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di hati. Yang hati tertarik, ada pula ciri-ciri empat : agama, keturunan, harta, rupa tu alhamdulillah."

Ku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni lubang kecil di sudut kolah.

" Kalau nak pilih yang ada rupa ja, boleh tak?"

Pak Imam bangun berdiri, kain pelikatnya sedikit basah terkena air.

" Boleh. Hak memilih, hak personal. Tiada larangan. Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang dah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah terlanjur beratus kali pun boleh. Asalkan, hang janji satu benda dengan diri sendiri."

Aku berdiri sama.

" Apa dia Imam?"

Pak Imam bersandar di tiang dekat kolah.

" Janji dengan diri, tolong jangan putus asa. Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan pada pasangan untuk terus berubah baik.

Memilih seseorang yang telah hancur jiwanya, imannya, bukan semudah yang hang sangkakan. Hang terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran dalam mendidiknya. Dia akan memberontak, melawan, memaki, memarahimu setiap kali hang cuba untuk pimpinnya ke arah yang lebih baik.

Hang tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh!. Kalau jiwa hang rapuh, hati senang touching, mudah tersentuh, hang takkan mampu mendidik pasangan. Malahan, hang pulak yang akan duduk bawah telunjuknya.

Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain berseronok, senang lenang dengan isteri solehah masing-masing, hang kena gigih bangun malam, berdoa tak putus-putus supaya bini hang diberikan hidayah, terbuka hatinya dan lembut hatinya untuk berubah.

Kotoran degil bukan senang-senang nak sental seperti kolah ni.

Hang kena menangis lebih banyak di malam hari depan ALLAH, dan nampak tabah dan tegas di siang hari di depan bini hang. Dalam tegas ada kelembutan. Dalam kelembutan ada ketegasan. Hang kena tau, didikan tidak akan se-'smooth' yang hang fikirkan.

Term 'sama-sama berubah ke arah yang lebih baik' cuma fantasi hang ja. Hang tak akan dapat jangka dan agak apa yang ada dalam jiwa pasangan hang. Mungkin hang saja yang nak berubah tapi dia, cuma berkata-kata di mulut. Hang tak tau,

Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit. InsyaALLAH suatu hari nanti, setelah bertahun-tahun bertarung dan korbankan hati, perasaan. Berkat keikhlasan dan rahmat ALLAH, bini hang nanti akan berubah.

Permata dan kaca memang berlainan. Kaca boleh melukakan. Hang akan jatuh luka berkali-kali sampai hang letih sendiri.

Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh ALLAH, heavenlah hang nanti.

Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik. Sapa tau?

Hang faham?"

Aku mengangguk-angguk.

Rupanya nikah itu memang perlu agama yang terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana nanti didikannya? Pasti rosak hancur.

Bukan agama seorang perempuan, tapi agama seorang lelaki itu lebih patut diutamakan.

Namun, dalam hati ini aku harap setelah usaha penat lelah mendidik nanti, ada secebis penghargaan untuk yang bernama suami. Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih. Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.

Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan ku jawab balik pada diri sendiri.

"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang sepatutnya." 





Read more...
 
SEGALA PEMILIKAN AYAT DAN GAMBAR ADALAH HAK MILIK TUAN KOTAK